forest

KHAZANAH HUTAN JANGAN DIPUNAH

Pada 2005, terdapat hampir empat bilion hektar hutan di seluruh dunia dan penyahhutanan terutamanya untuk pertanian berlaku secara berleluasa pada kadar kira-kira 13 juta hektar setahun. Hutan asas (ditakrif sebagai hutan dengan spesies asli tanpa petunjuk nyata kegiatan manusia serta gangguan besar ke atas proses ekologi) merupakan 36 peratus daripada jumlah hutan tersebut. Sebanyak enam juta hektar daripada hutan asas ini “hilang” setiap tahun bukan sahaja akibat penyahhutanan antaranya untuk tujuan pembalakan tetapi juga akibat sikap rakus manusia atas nama kemajuan dan pembangunan. Kemusnahan hutan tidak terhenti di situ sahaja. Purata, 104 juta hektar hutan terjejas setiap tahun akibat kebakaran hutan, serangga atau bencana iklim seperti kemarau dan banjir. Angka-angka tersebut merupakan sebahagian daripada hasil dapatan Penilaian Sumber Hutan Global 2005 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

HUTAN BUKAN SETAKAT POKOK

Hutan merupakan salah satu ekosistem yang tidak ternilai harganya di dunia kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan juga ekonomi memandangkan begitu banyak hasil hutan yang boleh dituai di samping menjadi “rumah” bagi kebanyakan puak Orang Asli di seluruh dunia. Hutan juga sering dirujuk sebagai “Peparu Bumi” kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Di sebalik kepentingannya yang luar biasa, kegiatan penyahhutanan secara tidak langsung melenyapkan khazanah semula jadi ini dari permukaan Bumi serta meningkatkan suhu bumi. Menurut Pergerakan Hutan Hujan Sedunia (WRM), rangkaian kumpulan rakyat antarabangsa Utara dan Selatan, berjuta-juta hektar hutan tropika lenyap setiap tahun. Di antara 1960 dan 1990 adalah dianggarkan lebih dari 20 peratus hutan tersebut lenyap dari muka bumi di mana 33 peratus daripadanya di Asia dan 18 peratus di Afrika dan Amerika Latin.

KAITAN ANTARA HUTAN DAN AIR


Pencinta alam sering mengaitkan bekalan air dengan pemuliharaan hutan. Seorang daripadanya ialah Prof Dr Chan Ngai Weng yang turut menyifatkan hutan terutamanya hutan bukit dan tanah tinggi serta persekitaran terdekatnya sebagai sistem semula jadi yang sensitif. Apabila diganggu, jelas beliau, impaknya bukan sahaja mendatangkan bencana kepada komponen sistem tersebut malah kepada manusia. “Apabila hutan turut menjadi kawasan tadahan air, faedahnya lebih banyak selain daripada membilang berapa banyak batang balak yang boleh ditebang daripada hutan tersebut. “Faedah-faedah tersebut termasuk fungsi ekologi, kawalan hakisan, kawalan banjir dan kawalan kepelbagaian hayat,” kata Dr Chan yang juga Presiden Water Watch Penang (WWP). Beliau memberi amaran bahawa sejarah dan penulisan saintifik menunjukkan pembangunan hutan bukit bukan sahaja boleh memusnahkan persekitarannya yang berhampiran tetapi juga bahagian bawah bukit. Paling membimbangkan, katanya, kemusnahan yang berlaku tidak boleh diperbaiki. “Beberapa bencana akibat penyahhutanan seperti Highland Towers, tanah runtuh berhampiran Genting Highland dan Pos Dipang (Perak),” tambahnya.

HUTAN TANAH TINGGI


Menurut Dr Chan, penyahhutanan hutan tanah tinggi akan membinasakan alam semula jadi dan antara yang paling utama ialah kemusnahan “hutan awan” (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. Katanya, bagi kebanyakan penyelidik air dan pakar perhutanan, salah satu fungsi utama hutan bukit adalah kemampuan menyerap lembapan di udara atau apa yang dipanggil sebagai “pemendakan mendatar” (horizontal precipitation). Istilah ini merujuk kepada lembapan yang memasuki ekosistem hutan menerusi pemeluwapan (condensation) wap atmosfera ke atas daun, rumput dan permukaan kawasan tumbuhan yang lain. “Bergantung kepada lokasi, hutan awan ini mungkin lazimnya boleh ditemui di tanah-tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Fraser’s Hill, Genting Highlands dan juga tanah tinggi di Malaysia Timur. “Hutan-hutan tanah tinggi ini mengalami iklim mikro (microclimate) yang unik di mana suhu biasanya di paras rendah sementara kelembapan pula begitu tinggi. Akibatnya, sering ada lapisan kabus atau awan meliputi hutan-hutan ini,” kata Dr Chan yang juga profesor Jabatan Ilmu Alam, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Menurut beliau, kajian ke atas hutan awan di kawasan tropika yang lembap menunjukkan hutan tersebut sering dilitupi awan atau kabus pada sepanjang masa, dan di samping menyerap air hujan, hutan berkenaan juga menerima lembapan tambahan dalam bentuk pemeluwapan titisan air di udara. “Kelembapan yang tinggi serta suhu yang rendah merupakan syarat membantu penukaran wap air kepada titisan air. Penyahhutanan akan memusnahkan terus kemampuan penyerapan hutan awan ini,” jelas Dr Chan.

SUMBER AIR YANG SEMAKIN BERKURANGAN


Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak. Tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku. Yang lebih penting, kata Dr Chan, ialah hakikat tanpa kawasan hutan yang tebal, apa sahaja lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada sistem angin. “Angin akan membawa lembapan itu ke tempat lain, sebagai contoh mengembalikannya ke lautan tanpa digunakan,” tambahnya. Kawasan hutan yang mengalami penyahhutanan juga, katanya, tidak akan dapat menampung dan mengekalkan lembapan, sama ada di udara dan di tanah. Penyahhutanan akan mengeringkan tanah yang terdedah menerusi proses penyejatan (evaporation) dan mengurangkan sumber air. “Apabila keseluruhan kitaran hidrologi semula jadi terganggu, ini akan mencetuskan bahaya alam sekitar dan bencana seperti tanah runtuh, banjir di bahagian hilir, kehilangan fungsi kawasan tadahan air menyebabkan empangan kekeringan dan air tercemar akibat kadar endapan yang tinggi. “Apa yang saya sebut tadi semakin kerap berlaku di Malaysia dalam dekad-dekad kebelakangan ini apabila semakin banyak hutan bukit dibangunkan secara mendadak dan membahayakan. Penyahhutanan yang berleluasa akan mengurangkan asas sumber air. Untuk itu, perlindungan hutan bukit iaitu sumber utama air kita merupakan langkah awal ke arah pembangunan sumber air yang lestari,” Dr Chan memberi peringatan.

APABILA TANAH TINGGI MENJADI TANAH RENDAH


Melindungi hutan bukit bukan sahaja kebimbangan Dr Chan tetapi juga R. Ramakrishnan yang dilahir dan dibesarkan di Cameron Highlands. Beliau juga merupakan Presiden REACH, singkatan untuk “Regional Environment Awareness Cameron Highlands”, pertubuhan berasaskan kemasyarakatan yang ditubuhkan pada 2001 oleh sekumpulan penduduk Cameron Highlands. Dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini, beliau berkongsi kebimbangannya mengenai “kegiatan menebang hutan yang berleluasa di Cameron Highlands serta iklim tanah tinggi tersebut yang semakin panas.” “Semasa saya kecil dan membesar di Cameron Highlands, tiada siapa boleh keluar rumah pada waktu pagi tanpa memakai jeket tebal. Seluruh Cameron Highlands pada masa itu diliputi kabus. Sekarang jarang sekali ada kabus,”kata Ramakrishnan mengenai zaman kanak-kanaknya. Dalam masa yang sama, kata beliau, meskipun masih ada burung berkicauan di Cameron Highlands, sesetengah daripada spesies burung tersebut “menyanyikan lagu yang berbeza.” “Penggemar burung di Cameron Highlands ada melihat kehadiran spesies burung dari tanah rendah seperti rhino hornbill, black eagle, mountain bulbul, Asian flycatcher dan burung mynah. “Pada masa yang sama, sesetengah spesies burung tempatan seperti Malayan whistling thrush dan silver-eared mesia semakin pupus. Burung silver-eared mesia ini makan buah-buahan dari pokok yang biasanya tumbuh di tepi sungai. Kebanyakan pokok ini pun sudah ditebang,” jelas Ramakrishnan. Menurut beliau, penghijrahan burung-burung dari tanah rendah ke Cameron Highlands merupakan petanda jelas suhu di tanah tinggi itu semakin panas.

SELAMATKAN BELUM-TEMENGGOR


Pembalakan, sama ada secara sah atau tidak merupakan salah satu sebab penyahhutanan selain kegiatan pertanian, ternakan lembu dan pembinaan empangan hidroelektrik. Kegiatan ini tidak disenangi pencinta-pencinta alam sekitar dan pejuang-pejuang pemuliharaan. Pembalakan turut mengancam kewujudan habitat hutan, sama ada spesies haiwan atau tumbuhan yang akan akhirnya menyebabkan kepupusan. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) melancarkan kempen besar-besaran tahun lalu untuk menyelamatkan hutan simpan Belum-Temenggor daripada kerakusan kegiatan pembalakan. Hutan simpan seluas 300,000 hektar ini dilaporkan berusia lebih 130 juta tahun. Di samping menjadi kawasan tadahan hujan yang utama, ia juga merupakan kediaman untuk pelbagai spesies tumbuhan dan pokok yang melindungi lebih 270 spesies burung dan lebih 100 spesies mamalia termasuk harimau Malaya dan badak sumbu Sumatra yang semakin pupus. “Tak ramai yang sedar wujudnya bilangan burung enggang yang banyak di hutan Belum-Temenggor yang tidak dapat ditemui di mana-mana bahagian dunia. Di Malaysia ada 10 spesies burung enggang dan hanya di hutan Belum-Temenggor ada kesemua 10 spesies ini. Hanya di hutan itu juga terdapat kawanan burung enggang, sehingga ribuan ekor. “Burung-burung enggang ini ibarat tukang kebun hutan tersebut dan tanpa mereka hutan ini akan terjejas lama kelamaan,” kata Pengarah Eksekutif MNS, Dr Loh Chi Leong. Mengenai kempen untuk menyelamatkan hutan Belum-Temenggor, beliau berkata meskipun pihaknya menerima banyak sokongan tetapi “tak ada perubahan yang berlaku seperti yang kami harapkan.” MNS, katanya akan terus mendapatkan sokongan untuk kempen tersebut yang disifatkannya sebuah hutan paling istimewa dan perlu diselamatkan.

KEMPEN KESEDARAN


forestSeorang lagi pencinta alam sekitar, Datuk Dr Salleh Mohd Nor berpendapat masyarakat umum kurang prihatin terhadap nasib hutan di Negara ini. Beliau berkata kempen untuk menyemai perasaan sayangkan hutan perlu diadakan seperti kempen anti-merokok dan cintai sungai yang pernah dibuat oleh pihak kerajaan. “Kebanyakan kempen yang dibuat sebelum ini hanya untuk jangka masa yang pendek. Masyarakat perlu dididik dan diberi peringatan dari semasa ke semasa. Pertubuhan Bukan Kerajaan mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk melakukan usaha ini. “Untuk kempen mengenai hutan, institusi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan perlu berada di barisan depan,” kata Salleh yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dari 1985 hingga 1995. Memetik peribahasa purba, Salleh berkata “hutan ini bukan diwarisi daripada nenek-moyang kita tetapi sebenarnya dipinjam daripada anak dan cucu kita.” “Apabila kita meminjam sesuatu, kita mesti jaga dan memulangkannya balik dalam keadaan yang sama atau keadaan yang lebih baik kepada anak cucu kita. Semua hasil sumber semula jadi ini dipinjamkan kepada kita oleh generasi masa depan. Apa yang kita hendak tinggalkan untuk mereka? ” tanya Salleh.

Sumber: WWP

Hentikan Tangisan Penyu Segari (3)

×

by SOONG PHUI JEE
Guang Ming Daily

Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan dua projek besar di Tanjung Hantu, iaitu sebuah kilang besi dan sebuah kilang LNG. Pengumuman ini merisaukan penduduk Kampung Labuan Bilis, yang terletak kurang dari 5 kilometer dari Tanjung Hantu.

Penduduk tempatan berkata, terdapat kurang dari 50 keluarga tinggal dikampung tersebut sejak dua atau tiga generasi yang lalu. Kebanyakan daripada mereka adalah nelayan dan sebahagian kecilnya berkebun dan aktiviti pelancungan. Mereka bimbang sekiranya projek ini disiapkan, aa akan mencemarkan laut, menjejaskan tangkapan ikan dan akhirnya mereka kehilangan mata pencarian. Continue reading

Hentikan Tangisan Penyu Segari (2)

×

by DOMINIC LOH
Guang Ming Daily

SERI MANJUNG, Perak

Ketika orang ramai amsih lagi mempersoalkan tentang keabsahan, rasional dan kemampuan dua projek di Tanjung Hantu, Perak, Sahabat Alam Malaysia (SAM) sekali lagi mendedahkan tentang wujudnya pembalakan dikawasan tersebut walaupun kedua-dua projek tersebut belum lagi dimulakan.

Banyak kayu-kayu berharga telah ditebang dalam jumlah yang banyak yang mungkin akan menyebabkan krisis alam sekitar. Harimau kumbang umpamanya, akan kehilangan habitat mereka dan penyu kemungkinan tidak akan mendarat lagi manakala industri perikanan akan terjejas. Continue reading

Hentikan Tangisan Penyu Segari (1)

×

Oleh DOMINIC LOH
Guang Ming Daily

SERI MANJUNG, Perak

Dengan keluasan yang merangkumi hampir 21,000 kilometer persegi, Perak sepatutnya berbangga dengan hutan-hutan semuajadi yang indah, dimana sekurang-kurangnya 20 didalam Daerah Kinta dan Seri Manjung sahaja. Ini menjadikan Daerah Kinta dan Seri Manjung sebagai daerah terbaik dalam penjagaan ekosistem di Malaysia.

Malangnya, selepas Barisan Nasional berjaya merampas kembali pemerintahan dari Pakatan Rakyat dalam bulan Februari 2009, kerajaan negeri telah meluluskan dua projek mega, kilang besi dan penapisan gas di Hutan Simpan  Tanjung Hantu di Seri Manjung. Continue reading

State Conference on Evironment

kuasa08

Environment in Crisis – From green to grey

The one-day conference will be organized by Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) Perak in colloboration with Sahabat Alam Malaysia (SAM) and will be held on the  5th of January 2013 at Kinta River Front Hotel, Ipoh.

Objectives

It is hoped that this conference will bring together environmental activists around Perak to present issues related to environmental crisis from their respective areas. It is also meant to create public awareness about the exploitation and degradation of our forest. Continue reading

SAM-PC-300x187

‘Perak coastline projects violate NPP’

GEORGE TOWN: Friends of the Earth Malaysia (SAM) is considering legal action and public protests against the Perak government for its approval of two projects that violate the National Physical Plan (NPP).

SAM president SM Mohamed Idris said the state’s green light for the construction of an iron and steel mill and a liquefied natural gas (LNG) supply plant in Tanjung Hantu made a mockery of the NPP, which forbids such projects in coastal areas.

According to the Manjung district local plan for the period 2002 to 2015, the two facilities will be located within an area to be designated as the Pasir Panjang-Teluk Senangin Tourism Development Zone, which has an attractive natural environment, with its undisturbed beaches, coastal hill forest, heath forest and sea turtle nesting area. Continue reading

Hentikan Tangisan Penyu bersama Transparency International

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) bentang solidariti ‘Hentikan Tangisan Penyu Segari’ di majlis Transparency International Malaysia. Utk makluman Sahabat Alam Malaysia dgn kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan MediaPerak / SAMM Perak / aktivis ABU Perak ser ta disokong oleh Transparency International – Malaysia / PEKA / Jaringan Orang Asli Tasik Chini / Himpunan Hijau 2.0: Langkah Lestari akan mengadakan FORUM HENTIKAN TANGISAN PENYU di Dewan Lead View, Seri Manjung pada 4hb Dis 2012. Akan maklumkan terperinci dalam masa terdekat.

Continue reading

Teluk Rubiah: Vale of Tears for the “Malaysia Project”

By Mariam Mokhtar

In January 2010, Vale SA, a Brazilian mining giant, formally announced the “Malaysia Project” for which a distribution centre and palletising plant would be constructed in Perak with an initial capital investment of US$900 million (RM3 billion). Construction work on the controversial iron ore project at Teluk Rubiah in Manjung is underway. Large quantities of iron ore will be imported from Brazil, before it is converted into pellets and distributed to customers in South East Asia, China and the Asia Pacific region. A dedicated jetty will also be built to import raw materials and to export finished products. Perakeans, desperate for investment and development, gave their tacit consent. Others took no notice of the announcement which was carried in the mainstream papers. The majority were oblivious of this project whilst some have only just realised the magnitude of the proposal by the Brazilian company. Continue reading

Hentikan Tangisan Penyu Segari (2): Hutan Terancam!

Teluk Rubiah sudah ditransformasikan dari sebuah pusat eko-pelancongan (ESA Rank II) kepada industri berat. Pelanggaran rancangan fizikal negara ini ada kesakmaannya dgn isu Penyu Segari.

Kali ini aku bawa korang melancong sekali lagi ke Pusat Penyu Segari, sebab ada orang tak faham dengan jelas kenapa Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) menyokong usul Sahabat Alam Malaysia (SAM) untuk membantah pembinaan Kilang Besi Maegma Steel & Loji LNG Atigas di Tg. Hantu Segari. Seperti yang aku janjikan sebelum ini untuk memaparkan dalam bentuk graphic & dokumen bagi memudahkan korang faham, jadi agak panjanglah artikel ini. Aku cuba kurangkan kata-kata, biar gambar menceritakannya. Data ini aku dapat ketika menyertai program lawatan & gotong royong kawasan ini 6 Okt yang lalu, fakta dari SAM dan beberapa sumber hujung jari aku dari lebai google – ….Jom kita ke lokasi berkenaan… Continue reading