Hentikan Tangisan Penyu Segari (3)

×

by SOONG PHUI JEE
Guang Ming Daily

Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan dua projek besar di Tanjung Hantu, iaitu sebuah kilang besi dan sebuah kilang LNG. Pengumuman ini merisaukan penduduk Kampung Labuan Bilis, yang terletak kurang dari 5 kilometer dari Tanjung Hantu.

Penduduk tempatan berkata, terdapat kurang dari 50 keluarga tinggal dikampung tersebut sejak dua atau tiga generasi yang lalu. Kebanyakan daripada mereka adalah nelayan dan sebahagian kecilnya berkebun dan aktiviti pelancungan. Mereka bimbang sekiranya projek ini disiapkan, aa akan mencemarkan laut, menjejaskan tangkapan ikan dan akhirnya mereka kehilangan mata pencarian.

Nelayan tempatan berharap kerajaan negeri dapat mengadakan dialog dengan mereka untuk memahami kebimbangan mereka sebelum meluluskan projek-projek besar.

EXCO Perak, Datuk Hamidah Osman memberitahu Guang Ming Daily bahawa kilang LNG yang diluluskan itu terletak jauh daripada hutan simpan dan Pusat Penjagaan Penyu, dan tidak akan menjejaskan operasi pusat tersebut. Walaubagaimanapun, beilau akan melakukan lawatan ke tempat tersebut untuk memahami keadaan sebenar.

Kedua-dua projek pembangunan di Tanjung Hantu itu dikatakan bercanggah dengan undang-undang alam sekitar. Oleh kerana banyak keraguan masih lagi tidak di perjelaskan, projek tersebut telah menarik minat beberapa Persatuan Alam Sekitar untuk bertindak. Hamidah, yang mengumumkan projek tersebut berjanji akan membuat tindakan susulan dan menyiasat masalah tersebut.

Hamidah, yang bertanggungjawab terhadap industri, pelaburan, teknologi maklumat, pelancungan dan hal ehwal wanita mengakui bahawa kerajaan negeri telah pun meluluskan sebidang tanah kepada Atigas Technology Sdn Bhd tetapi bertegas bahawa ianya terletak jauh dari hutan simpan dan Pusat Penetasan Penyu.

Beliau berkata, “Atigas Technology sedang menunggu lapuran Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar dan oleh itu, kami tidak tahu bilakah pembinaan akan bermula.”

Bila ditanya samaada aktiviti pembalakan yang berlaku ada kaitan dengan pembinaan tersebut, Hamidah berkata dia tidak tahu tetapi akan menyiasat secepat mungkin untuk memastikan tiada pembalakan haram dilakukan dikawasan hutan simpan.

Satu sidang media bersama telah diadakan pada 9 Jun 2011 untuk emngumumkan projek tersebut. Kerajaan Negeri telah meluluskan 150 ekar tanah untuk pembinaan kilang LNG dan jumlah pelaburan adalah RM5.8 billion.

Pada masa itu, Hamidah dilaporkan berkata bahawa projek tersebut akan disiapkan dalam masa 15 bulan dan dijangka dapat membekalkan satu pertiga daripada permintaan pasaran gas asli negara.

Untuk menggalakan pelancungan, kerajaan negeri telah tidak henti-henti membuat promosi dan aktiviti dikawasan pelancungan seperti kempen membersihkan pantai yang dilakukan oleh penduduk setempat.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri sedang melakukan kajian tentang masalah kekurangan pelawat ke Pusat Penetasan Penyu. Oleh itu, beliau akan membuat satu lawatan ke Teluk Senangin tidak lama lagi.

“Teluk Senangin merupakan kampung nelayan yang terkenal dan kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan memancing dari masa ke semasa untuk menarik pelawat.” tambahnya.

Kampung Kedah juga dikenali sebagai Kampung Senangin. Nelayan tempatan memberitahu Guang Ming Daily bahawa pengumuman tentang projek tersebut sudah lama berlalu tetapi pembinaan masih belum bermula malah kawasan pembinaan pun masih belum dipagar. Tiada papan kenyataan diletakkan dan apa yang mereka lihat hanyalah aktiviti pembalakan.

Seorang nelayan memberitahu dia hanya mengetahui projek tersebut melalui TV kira-kira 10 tahun lalu. Terdapat satu kumpulan pelawat telah menyewa bot nelayan ke Tanjung hantu untuk membuat pemeriksaan dan menyukat kedalaman laut. Walaubagaimanapun, mereka tidak melihat orang lain datang kesitu sejak itu.

“Walaupun Menteri Besar Datuk seri Zambry menghadiri beberapa aktiviti di Teluk senagin tahun ini, dia tidak pernah memberitahu tentang projek pembangunan disitu.”

Walaubagaimanapun, penduduk agak pesimis dengan projek ini dan bimbang sekiranya air laut tercemar, tangkapan ikan akan terjejas, yang mungkin akan menjejaskan kehidupan mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga bimbang apabila kapal-kapal besar akan menghalang bot-bot mereka.

Kebanyakan tangkapan dikawasan ini adalah udang, ketam, ikan Senangin, ikan Talang dan ikan Bawal.

Tanjung hantu sukar diakses

Tanjung Hantu terletak disebuah kawasan yang terpencil dan dikelilingi oleh hutan. Jalannya hanyalah boleh dilalui oleh lori-lori membawa balak. Ia mengambil masa tiga jam untuk sampai kesana  sekiranya seseorang itu berjalan dari Kampung Labuan Bilis. Walaubagaimanapun, jalan berbatu itu akan tenggelam ketika air pasang dan seseorang itu mungkin akan terperangkap.

Tempat dimana kilang besi dan LNG  itu akan dibina sebenarnya terlalu dekat dengan Teluk Senangin. Kawasan tersebut telah disenaraikan sebagai salah satu tempat untuk tujuan peranginan tetapi tiada tindakan setakat ini. Ini menyebabkan penduduk tempatan agak ketinggalan dalam pembangunan dan mereka hanya mendapat bekalan elektrik dan air bersih  sejak lima tahun lalu.

Untuk hidup, setengah nelayan menggunakan hasil tangkapan mereka untuk membina beberapa hostel untuk menambah pendapatan.

Apa kata nelayan…

Amir, 19 tahun.

Saya dengar ada kilang besi dan kilang LNG akan dibina di tanjung Hantu tapi belum ada pembiaan dimulakan. Papan Kenyataan pun tak ada. Kebimbangan saya ialah, sekiranya projek ini dilaksanakan, kapal-kapal besar akan menghalang bot kami yang kecil. Kehidupan kami akan terjejas sebab kami mungkin tidak dapat lagi turun kelaut seperti biasa.

Wang, 23 tahun

Saya bimbang selepas  projek ini disiapkan, hasil laut akan berkurangan dan kehidupan nelayan akan terjejas. Saya hanya emmpunyai kelulusan sekolah rendah dan sukar untuk mendapat pekerjaan kalau saya terpaksa berhenti menangkap ikan disebabkan pembangunan industri.

Menteri Besar sudah banyak kali datang melawat kampung nelayan ini tapi tidak pernah memberitahu terdapatnya projek industri disini. Saya rasa, projek tersebut sudah dibatalkan.

Mohamad Nor, 53 tahun

Saya hanya mendapat tahu tentang projek ini melalui berita TV 10 tahun lalu. Walaubagaimanapun, selain daripada aktiviti pembalakan,belum ada kerja-kerja pembinaan dimulakan. Jadi, saya tak tahu dengan tepat dimanakah kilang besi dan kilang LNG tersebut akan dibina.

Saya berharap, kerajaan akan mendengar kami supaya dapat memahami apakah kesan yang akan berlaku kepada nelayan sebelum meluluskan sebarang projek di Tanjung Hantu.

Saya sudah menjadi nelayan sejak lebih 20 tahun lalu dan tak tahu apa lagi yang boleh saya buat sekiranya saya terpaksa berhenti menangkap ikan disebabkan projek ini.

Azuan, 36 tahun

Satu kumpulan seramai 7-8 orang pernah menyewa bot kami untuk ke Tanjung Hantu untuk membuat pemeriksaan. Mereka menyukat kedalaman laut. Walaubagaimanapun, tak ada sesiapapun yang datang selepas itu.

Saya mendapati terdapat aktiviti pembalakan dalam kawasan hutan semasa saya menangkap ikan kira-kira duatahun lalu. Bila saya bertanya, mereka memberitahu sebuah kilang besi dan kilang LNG akan dibina disitu. Walaubagaimanapun, saya tak nampak sebarang kerja-kerja pembinaan sejak dua tahun lalu.

Saya tidak mahu kilang dibina disini sebab ia boleh menjejaskan aktiviti menangkap ikan. Nelayan juga tak tahu apa yang hendak dilakukan oleh mereka sekiranya mereka berhenti menangkap ikan.

Sumber: Guang Ming Daily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s